PENGUMUMAN

  • MESYUARAT HARI KUALITI & INOVASI BIL1/2016

    Tarikh : 26 Februari 2016
    Masa : 10.00 pagi - 12.15 tengahari
    Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Pendaftar
  • BICARA NC
    PELAN STRATEGIK UMP 2016-2020
    "MENJANA KEGEMILANGAN"

    Tarikh : 2 Februari 2016
    Masa : 10.00 pagi
    Tempat : Ancasa Royale Hotel, Pekan, Pahang
  • PROSES PEMBENTUKAN PELAN STRATEGIK UMP 2016-2020
    (MENJANA KEGEMILANGAN)

    September 2015 hingga Februari 2016

PENGENALAN JHKK

Jabatan Hal Ehwal Korporat & Kualiti (JHKK) pada peringkat awal penubuhannya pada Ogos 2002 dikenali sebagai Unit Kualiti dan bertanggungjawab kepada Rektor. Bermula dari bulan Jun 2005 hingga Disember 2006, unit ini telah diletakkan di bawah Pejabat Pendaftar tetapi fungsi-fungsi asasnya masih tidak berubah.

Pada Januari 2007, unit ini telah berkembang menjadi sebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan dikenali sebagai Pusat Pembangunan Korporat & Pengurusan Kualiti (PPKPK) berasaskan cadangan Jawatankuasa Pemurnian Carta Organisasi. Cadangan ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bil. 4/2006.

Pada Ogos 2015, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) Bil. 3 telah meluluskan penstrukturan semula dan penaikan taraf Pusat Pembangunan Korporat & Pengurusan Kualiti (PPKPK) kepada Jabatan Hal Ehwal Korporat & Kualiti (JHKK).

Transformasi PPKPK kepada JHKK melibatkan pemerkasaan fungsi dan peranannya yang merangkumi Pengurusan Strategi & Kawalan, Pengurusan Kelestarian dan Pengurusan Kualiti & Penarafan. Bagi memastikan fungsi dan peranan JHKK dapat dilaksanakan dengan penuh efisien, proses penyelarasan dan semakan semula struktur pentadbiran dan perjawatan JHKK telah dibuat secara berterusan. Semakan keperluan perjawatan dan penambahbaikan proses kerja telah dibuat di dalam beberapa siri perbincangan, mesyuarat dan bengkel di peringkat jabatan. Hasilnya, suatu struktur organisasi jabatan yang telah dikemaskinikan telah dicadangkan dan disepakati di peringkat pengurusan JHKK.

Mesyuarat jabatan yang dipengerusikan oleh Penolong Naib Canselor, JHKK pada 3 Februari 2016 telah memutuskan untuk memperakukan cadangan struktur organisasi dan perjawatan terkini JHKK diangkat untuk kelulusan JKPU.