JHKK - Portal Rasmi

JABATAN HAL EHWAL KORPORAT & KUALITI
CORPORATE & QUALITY AFFAIRS DEPARTMENT

PROFESOR DATO DR. ISHAK BIN ISMAIL
Penolong Naib Canselor
DIMP, SMP, AIIA
B.Sc (Marketing) Nothern Illinios University

MBA (Marketing) Governers State University
PhD (Services Management) University of Hull

KATA ALUAN PENOLONG NAIB CANSELOR

KATA ALUAN PENOLONG NAIB CANSELOR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jabatan Hal Ehwal Korporat & Kualiti (JHKK) sangat mengalu-alukan lawatan tuan-tuan dan puan-puan ke gerbang Portal JHKK. Melalui portal ini diharapkan akan berlaku penyaluran maklumat yang berguna kepada pihak awam tentang peranan dan fungsi yang dijalankan oleh JHKK. Selari dengan tanggungjawab yang telah diberikan oleh pihak pengurusan universiti maka JHKK memfokus kepada aspek pembangunan korporat, pengurusan kualiti dan pengurusan maklumat serta analisa.

UMP mempercayai bahawa perancangan yang sistematik adalah amat penting bagi memandu UMP ke arah pencapaian visi dan misi yang telah disepakati bersama. Adalah amat penting untuk dipastikan segala perancangan yang telah dirangka dilaksankan secara efektif dan efisyen. Pemantauan secara berkala terhadap pelaksanaan perancangan amat penting bagi memastikan kejayaan pencapaian sasaran yang telah ditetapkan.

Dalam hal ini JHKK telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan Pelan Strategik UMP dibangunkan, dilaksanakan dan dianalisis prestasi pencapaiannya. Bagi memastikan UMP bergerak pada landasan yang betul ke arah menjadi sebuah universiti teknikal bertaraf dunia maka perancangan strategik telah dibangunkan yang menjadi pegangan pihak pengurusan universiti dan semua staf sebagai panduan dan petunjuk bagi menyusun langkah dan pelaksanaan ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

Pihak pengurusan universiti menyedari bahawa sumber manusia yang ada di UMP merupakan elemen yang paling penting bagi menggerakkan usaha dan langkah ke arah pencapaian dan merealisasikan visi dan misi universiti. Dalam hal ini aspek kualiti telah dijadikan pegangan dan kepercayaan semua staf UMP untuk dihayati dan dijadikan budaya. Kualiti meliputi semua aspek perancangan dan tindakan serta penghasilan produk dan perkhidmatan.

Pendekatan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) telah digunakan selari dengan arahan kerajaan bagi memastikan pembudayaan kualiti adalah meliputi semua lapisan staf di UMP. Melalui TQM juga telah dikenalpasti program asas dan utama yang perlu dilaksanakan oleh UMP bagi memastikan pembudayaan kualiti dapat dilaksanakan. Antara program-program kualiti yang sedang giat dilaksanakan dan dibudayakan adalah seperti Amalan 5S, MS ISO 9001:2000, Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK), MS ISO/IEC 17025:2005 dan sebagainya.

Pembudayaan kualiti amat penting untuk dilaksanakan agarnya ianya menjadi satu kebiasaan dalam setiap tindakan dan tingkah-laku staf. Apabila perkara ini dapat direalisasikan maka pastinya produktiviti kerja dapat dipertingkatkan secara berperingkat-peringkat selari dengan kemajuan pembudayaan kualiti. Perancangan korporat dan pengurusan kualiti yang diselaraskan oleh JHKK amat memerlukan kepada sokongan input maklumat-maklumat dan data.

Pihak pengurusan universiti telah meletakkan tanggungjawab kepada JHKK untuk menguruskan penyelarasan maklumat dan data universiti. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkkan kekeliruan penyaluran maklumat dan data kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Pengurusan maklumat dan data yang sistematik, efektif dan efisyen amat penting bagi membolehkan pihak pengurusan universiti menggunakannya bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan operasi dan strategi universiti. Pihak pengurusan universiti akan dapat membuat keputusan-keputusan yang penting dalam aspek pentadbiran universiti berdasarkan maklumat dan data yang betul serta tepat.

Manakala maklumat dan data yang diberikan kepada pemegang taruh yang berkaitan akan dapat dipastikan ketepatan dan kejituannya yang secara langsung akan meningkatkan imej universiti berdasarkan pengurusan maklumat dan data yang cekap. Diharapkan melalui gerbang portal ini akan memberikan gambaran yang menyeluruh tentang fungsi dan tanggungjawab JHKK. Di samping itu juga akan membolehkan tuan-tuan dan puan-puan memahami peranan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh UMP amnya.

 Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN

  • BENGKEL KEPERLUAN BISNES I PROJEK BUSINESS INTELLIGENCE & DATA MANAGEMENT UMP (ANJURAN BERSAMA JHKK & PTMK)
    TARIKH : 2 HINGGA 3 MEI 2017
    MASA    : 9.00 PAGI- 5.00 PETANG
    TEMPAT: DEWAN BANKUET, CANSELERI TUN ABDUL RAZAK, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KAMPUS PEKAN
  • HARI KUALITI DAN INOVASI 2017 PERINGKAT UNIVERSITI NALAYSIA PAHANG
    TARIKH : 19 MEI 2017
    MASA    : 9.00 PAGI- 12.00 TENGAHARI
    TEMPAT: DEWAN ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KAMPUS GAMBANG
    * DIRASMIKAN OLEH YBhg. TAN SRI DR. NOORUL AINUR MOHD NUR, KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI*

PAUTAN

mycommunity ump ms mygift ump ms mygreen ump

ALAMAT

JABATAN HAL EHWAL KORPORAT & KUALITI
Universiti Malaysia Pahang
Tingkat Bawah, Anjung Utara
Canseleri Tun Abdul Razak
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur

HUBUNGI KAMI

Tel: +609 424 5131
Fax: +609 424 5141
Email: jhkk-group@ump.edu.my

UMP Helpdesk

PETA

Demo

Interested or Questions?