HARI KUALITI & INOVASI

 

PENGENALAN

HARI KUALITI & INOVASI

Sambutan Hari Kualiti & Inovasi UMP mengisyaratkan kepekaan pihak pengurusan Universiti ini terhadap kepentingan pembudayaan perkhidmatan yang cemerlang bersandarkan nilai-nilai teras UMP. Penggabungan elemen kualiti dan inovasi merupakan pra-syarat kecemerlangan perkhidmatan awam dewasa ini, sejajar dengan seruan dan saranan Kerajaan.


Pelbagai kategori pengiktirafan dan penghargaan yang diwujudkan sempena sambutan Hari Kualiti & Inovasi merupakan petunjuk nyata bahawa pihak pengurusan sentiasa komited memberi galakan kepada warga UMP memberikan sumbangan terbaik, dalam ruang kepakaran dan kemahiran mereka ke arah kecemerlangan prestasi secara berterusan. 


Semua jabatan dan agensi kerajaan harus memaksimumkan aplikasi kreativiti dan inovasi ini. Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan kepuasan hati pelanggan sektor awam yang utama iaitu rakyat. Idea-idea baru tidak harus dilihat dengan penuh syak wasangka atau di'bakulsampah'kan hanya semata-mata ianya tidak konvensional.

 

RASIONAL PELAKSANAAN

HARI KUALITI & INOVASI

  • 1. Menunjukkan komitmen pihak pengurusan kepada penerapan budaya pengurusan kualiti secara berterusan untuk memulakan pembudayaan inovasi di kalangan staf.


  • 2. Menarik perhatian dan minat staf tentang pentingnya penekanan kualiti di dalam urusan penyampaian perkhidmatan dari semasa ke semasa.

  • 3. Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja yang diamalkan.

  • 4. Kriteria-kriteria yang diguna pakai untuk penilaian adalah lebih kepada melihat hasil/ faedah yang diperoleh di atas sesuatu perubahan atau penyelarasan yang dibuat oleh PTJ demi menjaga kepentingan mutu dan kualiti penyampaian perkhidmatan