JHKK - Portal Rasmi

JABATAN HAL EHWAL KORPORAT & KUALITI
CORPORATE & QUALITY AFFAIRS DEPARTMENT

BENGKEL PEMBENTUKAN PELAN STRATEGIK UMP 2016-2020 BERSAMA AHLI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI (LPU)

Bengkel Pembentukan Pelan Strategik UMP 2016-2020 bersama Ahli Lembaga Pengarah Universiti telah diadakan di Swiss Garden Residences, Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 Januari 2016. Seramai 34 orang peserta terlibat dalam bengkel tersebut yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi Universiti dan Dekan-Dekan Fakulti.

Satu sesi forum bertajuk ‘Towards A Global Competitive Player – How Strategic Planning Helps?’ yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin telah diadakan bagi mendedahkan para peserta bengkel kepada pengalaman pihak luar dalam pengurusan strategik organisasi. Forum mengetengahkan dua orang tokoh GLC iaituEncik Anas Ahmad Nasaruddin,Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARDITech Corporation dan Encik Faris Yahaya, Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd.

 1

Bengkel tersebut yang turut dihadiri oleh oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, Dato’ Sri Mohd Hilmey Mohd Taib, Naib Canselor, Ahli-ahli LPU dan Timbalan-Timbalan Naib Canselor telah secara kolektif meniliti dan menyemak deraf cadangan Pelan Strategik UMP 2016-2020 yang akan dilancarkan dalam waktu terdekat. Penyediaan deraf pelan strategik berkenaan telah melalui proses tinjauan pendapat, perbincangan, kajian lapangan dan beberapa siri bengkel yang melibatkan warga UMP di pelbagai peringkat semenjak bulan Oktober 2015.

Pelan Strategik UMP 2016-2020 yang bertemakan “Menjana Kegemilangan” merupakan kesinambungan kepada Pelan Strategik UMP 2011-2015. Pembentukan Pelan Strategik UMP 2016-2020 ini juga menandakan bermulanya fasa Ke-4 perancangan strategik UMP yang telah diasaskan semenjak penubuhannya pada tahun 2002.

2

 

3

 

4

 

5