JHKK - Portal Rasmi

CORPORATE & QUALITY AFFAIRS DEPARTMENT

AUDIT EKSA 27 DISEMBER 2017

Pada 27 Disember 2017, pihak Jabatan Hal Ehwal Korporat & Kualiti (JHKK) telah melaksanakan Audit Pengenalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang melibatkan semua PTJ/Jabatan kampus Pekan dan Gambang. Audit Pengenalan EKSA ini hanya memfokuskan kepada Fail Dokumen EKSA dan juga Sudut EKSA setiap PTJ/Jabatan selari dengan perancangan yang telah dibuat oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Korporat & Kualiti (JHKK). Disamping itu juga, objektif audit pengenalan ini adalah untuk melihat tahap pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di peringkat PTJ/Jabatan seiring dengan hasrat UMP untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif bagi warga UMP.

Audit pengenalan EKSA ini diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Audit Universiti iaitu Puan Hajah Siti Aishah Binti Ghani, Timbalan Pustakawan, Perpustakaan. Disamping dibantu oleh 31 orang juruaudit yang dilantik oleh pihak universiti bagi memastikan kelancaran audit pengenalan EKSA. Sebanyak 39 PTJ/Jabatan yang terlibat dengan audit pengenalan EKSA dimana 22 PTJ/Jabatan di kampus Gambang manakala 17 lagi PTJ/Jabatan di kampus Pekan.

Keputusan dari audit pengenalan tersebut menunjukkan terdapat 18 PTJ/Jabatan yang mendapat keputusan markah 80% dan ke atas dalam melaksanakan EKSA dengan baik. Manakala terdapat 9 PTJ/Jabatan yang mendapat markah pelaksanaan EKSA pada tahap minimum iaitu dengan jumlah markah dari 60% sehingga 79%. Seterusnya jumlah PTJ/Jabatan yang belum melaksanakan EKSA dengan baik hanya berjumlah 12 sahaja dengan jumlah markah 59% dan ke bawah. Pelaksanan EKSA akan berterusan dan audit akan dijalankan pada masa yang akan dating bagi memastikan pelaksanaan EKSA berada pada tahap 100% bagi setiap PTJ/Jabatan untuk membolehkan mendapat sijil