SOALAN LAZIM

1) Apakah makna PSPTN?

  • PSPTN adalah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

2) Apakah yang dimaksudkan dengan SETARA?

  • SETARA adalah satu eksesais penarafan semula yang bertujuan untuk mengukur tahap kualiti pengajaran dan pembelajaran program pra-siswazah semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia

3) Agensi manakah yang melakukan proses penarafan SETARA?

  • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang melakukan proses penarafan SETARA

4) Apakah latar belakang MyRA?

  • MyRA merupakan sistem online yang dibangunkan bagi membolehkan IPT (IPTA dan IPTS bertaraf Universiti dan Kolej Universiti) membuat penilaian kendiri terhadap pencapaian penyelidikan (R&D&C)

5) Apakah matlamat Amalan 5S?

  • Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.

6) Nyatakan konsep asas Amalan 5S.

  • Konsep asas Amalan 5S adalah Sisih (Seiri), Susun (Seiton), Sapu (Seiso), Seragam (seiketsu) dan Sentiasa Amal (Shitsuke)

7) Apakah tujuan Perkeliling Pentadbiran Bilangan 2 Tahun 2009 ini memaklumkan peraturan-peraturan kepada IPTA?

  • Perkeliling ini bertujuan untuk memaklumkan peraturan-peraturan kepada IPTA untuk membekalkan data berkaitan dengan maklumat pelajar, staf, maklumat institusi serta penyelidikan, perundingan dan pengkomersilan ke arah perlaksanaan Sistem Maklumat KPT berkaitan IPTA yang dinamakan sebagai MyMoheS