JHKK - Portal Rasmi

JABATAN HAL EHWAL KORPORAT & KUALITI
CORPORATE & QUALITY AFFAIRS DEPARTMENT

Program Kitar Semula Testing - Azlin

Hampir 100 staf dan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menyertai Majlis Pelancaran Program Pengurusan Sisa Pepejal dan Kempen 3R bertempat di Perpustakaan UMP Pekan baru-baru ini.Majlis perasmian dirasmikan oleh  Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Mashitah Mohd Yusoff. Hadir sama Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan, Dato’ Haji Ahmad Salhi Abdul Latif, Pemangku Pendaftar, Abd Rahman Hj Safie, Ketua Pustakawan, Haji Roslan Che Pee, Ketua Timbalan Pendaftar Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Datin Fazia Ali dan Pengarah Bahagian Pengurusan Kualiti & Penarafan, Kartina Johan.Menurut Prof. Dr. Mashitah, kadar kitar semula nasional hari ini hanya berada di tahap 10.5 peratus sahaja dari jumlah bahan buangan yang dilupuskan, berbanding negara maju yang melebihi 40 peratus.