JHKK - Portal Rasmi

JABATAN HAL EHWAL KORPORAT & KUALITI
CORPORATE & QUALITY AFFAIRS DEPARTMENT

PROSES PEMBENTUKAN PELAN STRATEGIK UMP 2016-2020

  1. LONTARAN IDEA KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB
    • Tarikh                   : 30 September 2015

    • Tempat                 : Bilik Mesyuarat Senat, UMP Gambang

    • Bil. Peserta          : 22 orang

    • Objektif Program  :

      • Memberi gambaran awal tentang persediaan pembentukan Pelan Strategik UMP 2016-2020 yang bertemakan “Menjana Kegemilangan”.

      • Mendapatkan maklum balas dan pandangan awal terhadap tema “Menjana Kegemilangan” dalam pengolahan maksud kegemilangan.

      • Memastikan Pelan Strategik UMP 2016-20020 sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) dan Rancangan Malaysia Ke-11.

       

  2. TAKLIMAT PROSES PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN OLEH NAIB CANSELOR
    • Tarikh                   : 8 Oktober 2015

    • Tempat                 : Dewan Auditorium Perpustakaan, UMP Gambang

    • Bil. Peserta          : 70 orang

    • Objektif Program :

      • Memberi ulasan secara menyeluruh berdasarkan kerangka kegemilangan melibatkan enam aspirasi kegemilangan.

      • Membentangkan proses perancangan dan pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2016-2020 berdasarkan metodologi “Blue Ocean Strategy”.

      • Membentangkan penglibatan pasukan kerja dan penyelia yang akan terlibat dalam menjayakan proses pembentukan melalui bengkel dan kerja lapangan.

     

  3. BENGKEL KESEDIAAN PELAN STRATEGIK UMP 2016-2020 (MENJANA KEGEMILANGAN) SIRI I
    • Tarikh                   : 21 hingga 22 Oktober 201

    • Tempat                 : Hotel MS Garden, Kuantan

    • Bil. Peserta          : 64 orang

    • Objektif Bengkel  :

      • Menyediakan pasukan kesediaan bagi penghasilan Pelan Strategik UMP 2016-2020 (Menjana Kegemilangan) melalui metadologi “Blue Ocean Strategy”

      • Memberikan pendedahan berkenaan konsep keseluruhan dan juga rasionalisasi berkenaan pendekatan melalui “Blue Ocean Strategy”

      • Menghasilkan ‘pains bank’ berdasarkan teras strategik.


  4. BENGKEL KESEDIAAN PELAN STRATEGIK UMP 2016-2020 (MENJANA KEGEMILANGAN) SIRI II
    • Tarikh                   : 27 hingga 29 Oktober 2015

    • Tempat                 : Hotel Zenith, Kuantan

    • Bil. Peserta          : 41 orang

    • Objektif Bengkel  : 

      • Menerangkan secara khusus metodologi “Blue Ocean Strategy (BOS)”.

      • Membangunkan ‘strategic move ERRC’ bagi persediaan kerja lapangan berdasarkan ‘pains bank’ yang dihasilkan yang melibatkan ‘customer & non-customer’

     

  5. SESI PEMBENTANGAN KUMPULAN KAJIAN LAPANGAN BAGI PELAN STRATEGIK UMP 2016-2020
    • Tarikh                   :17 November 2015

    • Tempat                 : KUIPSAS, Kuantan

    • Bil. Peserta          : 33 orang

    • Objektif Bengkel  :

      • Membentangkan deraf hasil dapatan berdasarkan kajian lapangan yang telah dibuat mengikut kumpulan kegemilangan

      • Menambahbaik deraf penyediaan laporan untuk dibawa ke bengkel pembentukan Pelan Strategik UMP 2016-2020

     

  6. SESI PEMBENTANGAN KUMPULAN KAJIAN LAPANGAN BAGI PELAN STRATEGIK UMP 2016-2020 (FINAL REPORT)
    • Tarikh                   : 30 November 2015

    • Tempat                 : Hotel MS Garden, Kuantan

    • Bil. Peserta          : 36 orang

    • Objektif Bengkel  :

      • Membentangkan hasil dapatan akhir berdasarkan kajian lapangan yang telah dibuat mengikut kumpulan kegemilangan

      • Menambahbaik laporan kajian lapangan untuk dibawa ke bengkel pembentukan Pelan Strategik UMP 2016-2020 bersama Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ)

     

  7. BENGKEL PEMBENTUKAN PELAN STRATEGIK UMP 2016-2020 BERSAMA KETUA-KETUA PTJ
    • Tarikh                   : 1 hingga 3 Disember 2015

    • Tempat                 : Hotel MS Garden, Kuantan

    • Bil. Peserta          : 60 orang

    • Objektif Bengkel  :

      • Membentangkan laporan hasil kajian lapangan untuk dibincangkan dan ditambahbaik.

      • Menghasilkan deraf petunjuk prestasi utama (KPI) bagi setiap ‘Strategic Move ERRC’.

      • Memurnikan teras strategik UMP berdasarkan penjajaran strategik dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

     

  8. BENGKEL PEMURNIAN KRA PELAN STRATEGIK UMP 2016-2020
    • Tarikh                   : 12 Januari 2016

    • Tempat                 : Dewan Tun Teja, UMP Gambang

    • Bil. Peserta          : 36 orang

    • Objektif Bengkel  :

      • Membangunkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) berdasarkan teras strategik yang telah dipersetujui mengikut kumpulan

      • Membangunkan glosari bagi setiap KPI yang dinyatakan.

      • Mendapatkan maklum balas dan pandangan berdasarkan pembentangan.

     

  9. BENGKEL PEMBENTUKAN DERAF KPI PELAN STRATEGIK UMP 2016-2020
    • Tarikh                   : 18 hingga 19 Januari 2016

    • Tempat                 : Hotel Vistana, Kuantan

    • Bil. Peserta          : 16 orang

    • Objektif Bengkel  :

      • Membuat pengistilahan semula terhadap bidang keberhasilan utama universiti, visi, misi dan objektif strategik.

      • Membuat penakrifan semula bagi setiap Lonjakan Strategik dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

      • Mewujudkan slogan bagi memudahkan identiti UMP dikenali oleh masyarakat.

      • Menetapkan sasaran bagi setiap KPI yang dinyatakan

     

  10. BENGKEL PEMBENTUKAN PELAN STRATEGIK UMP 2016-2020 BERSAMA LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI (LPU)
    • Tarikh                   : 22 hingga 24 Januari 2016

    • Tempat                 : Swiss Garden Residences, Kuala Lumpur

    • Bil. Peserta          : 31 orang

    • Objektif Bengkel  :

      • Memurnikan rangka Pelan Strategik UMP 2016-2020 berdasarkan perkara berikut:

        1. Pengistilahan semula Visi, Misi, Objektif

        2. Pengenalan Slogan

        3. Lonjakan Strategik dan Glosari

        4. Petunjuk Prestasi Utama dan Glosari

        5. Sasaran Kumulatif bagi 5 tahun

      • Memuktamadkan Pelan Strategik berdasarkan maklum balas dan pandangan yang diberikan.

       

  11. BICARA PELAN STRATEGIK UMP 2016-2020 BERSAMA NAIB CANSELOR
    • Tarikh                   : 2 Februari 2016

    • Tempat                 : Ancasa Royale Hotel, Pekan

    • Bil. Peserta          : 125 orang

    • Objektif Program  :

      • Membentangkan tentang persediaan Mendepani Masa Hadapan (Anjakan Paradigma dan Transformasi)

      • Membentangkan pengistilahan semula Visi, Misi dan Objektif UMP

      • Membentangkan pengenalan kepada Slogan UMP

      • Membentangkan rangka Pelan Strategik UMP 2016-2020 bertemakan ‘Menjana Kegemilangan